Kurta Moden Klasik Navy Blue
- Regular price
- RM 44.90
- Sale price
- RM 44.90
- Regular price
-
RM 79.90
Share
Profesional & "Slimming" – Pilihan Kedua Wajib Ada
Selain hitam, Navy Blue adalah warna paling selamat dan paling laris. Warna ini memberikan efek slimming (nampak kurus) yang sama macam hitam, tapi nampak lebih "mesra" dan kurang garang.
Ia pilihan terbaik untuk gaya pejabat atau korporat kerana nampak sangat profesional, sambil menyembunyikan kesan peluh dengan efektif.
Spesifikasi:
- Material: Premium Crepe (Matte, tekstur berbiji halus, nampak mahal).
- Jenis Lengan: 3 Suku.
- Poket: Poket sisi (sorok) kiri dan kanan.
- Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL.
Size Chart

Kenapa Ramai Lelaki Pilih Gorilla Kurta?
1. Material Crepe Premium, Mudah Diggosok:
Material Premium Crepe kami sangat mudah untuk digosok. Dengan gosokan ringan, ia cepat kembali nampak rapi dan kemas. Sangat sesuai untuk lelaki yang sibuk dan pentingkan masa.
2. Kain Sejuk & Selesa:
Fabrik Crepe ini mempunyai tekstur yang membolehkan udara keluar masuk (breathable), sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Ia tidak melekap pada badan apabila anda berpeluh, menjadikan anda kekal selesa dari pagi sampai malam.
3. Potongan Lengan 3 Suku (Mesra Wudhu):
Reka bentuk lengan 3/4 (Tiga Suku) kami nampak moden dan kemas. Paling penting, ia memudahkan urusan ambil wudhu tanpa perlu susah payah melipat lengan baju. Anda juga bebasayakan jam tangan atau gelang dengan lebih yakin.
4. Saiz "Orang Kita" (XS - 5XL):
Kami meraikan semua bentuk badan. Potongan Relaxed Fit kami direka untuk menutup bahagian perut dan selesa di bahu, memberikan efek slimming. Tersedia dari saiz S hingga 7XL, kami pastikan anda tampil segak tidak kira saiz badan anda.