Kurta Moden Klasik Dark Purple
- Regular price
- RM 44.90
- Sale price
- RM 44.90
- Regular price
-
RM 79.90
Share
Bangsawan, Eksklusif & Misteri
Dark Purple adalah warna yang dikaitkan dengan golongan bangsawan dan kemewahan. Warnanya yang pekat memberikan ilusi tubuh yang lebih kecil (slimming effect) sama seperti warna hitam, tetapi dengan sentuhan warna yang lebih menarik. Sesuai untuk majlis malam yang formal.
Paling sesuai dengan seluar hitam untuk mengekalkan imej yang elegan dan misteri.
Spesifikasi:
- Material: Premium Crepe (Matte, tekstur berbiji halus, nampak mahal).
- Jenis Lengan: 3 Suku.
- Poket: Poket sisi (sorok) kiri dan kanan.
- Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL.
Size Chart

Kenapa Ramai Lelaki Pilih Gorilla Kurta?
1. Material Crepe Premium, Mudah Diggosok:
Material Premium Crepe kami sangat mudah untuk digosok. Dengan gosokan ringan, ia cepat kembali nampak rapi dan kemas. Sangat sesuai untuk lelaki yang sibuk dan pentingkan masa.
2. Kain Sejuk & Selesa:
Fabrik Crepe ini mempunyai tekstur yang membolehkan udara keluar masuk (breathable), sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Ia tidak melekap pada badan apabila anda berpeluh, menjadikan anda kekal selesa dari pagi sampai malam.
3. Potongan Lengan 3 Suku (Mesra Wudhu):
Reka bentuk lengan 3/4 (Tiga Suku) kami nampak moden dan kemas. Paling penting, ia memudahkan urusan ambil wudhu tanpa perlu susah payah melipat lengan baju. Anda juga bebasayakan jam tangan atau gelang dengan lebih yakin.
4. Saiz "Orang Kita" (XS - 5XL):
Kami meraikan semua bentuk badan. Potongan Relaxed Fit kami direka untuk menutup bahagian perut dan selesa di bahu, memberikan efek slimming. Tersedia dari saiz S hingga 7XL, kami pastikan anda tampil segak tidak kira saiz badan anda.